Enam Balai Utama Ekspo Hortikultur Antarabangsa 2024 Siap Dibina di Chengdu

2024-04-01 11:05:10  CRI
Share with:

Pada masa ini, enam balai utama bagi Ekspo Hortikultur Antarabangsa 2024 di Chengdu sudah siap dibina, sedangkan pembinaan pelbagai kemudahan komplementari berkaitan hotel, pengangkutan, bekalan elektrik dan komunikasi dipergiatkan dengan teratur.

Ekspo yang bakal diadakan di Chengdu pada 26 April hingga 28 Oktober ini, akan menyaksikan berlangsungnya lebih 2,000 aktiviti yang melibatkan urusan taman, bunga-bungaan, pertandingan dan kebudayaan.