Empat Kapal Kargo Tentera AS Terperangkap di Jambatan Runtuh Baltimore

2024-04-02 14:09:35  CRI
Share with:

Jambatan Francis Scott Key yang terletak di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat (AS) runtuh selepas pelanggaran oleh sebuah kapal kontena pada 26 Mac lepas, menyebabkan pelabuhan Baltimore terpaksa tutup hingga sekarang. 


Menurut laporan "The Times" Britain, sebanyak empat kapal kargo kegunaan ketenteraan AS yang dalam keadaan bersiap siaga masih terperangkap di pelabuhan Baltimore, dan tarikh meninggalkan pelabuhan tersebut masih belum diketahui.