Iraq Kutuk Serangan Israel terhadap Badan Diplomatik Iran

2024-04-02 15:52:13  CRI
Share with:

Kementerian Luar Iraq mengeluarkan kenyataan mengutuk keras serangan yang dilancarkan oleh Israrel terhadap badan diplomatik Iran di Syria, pada Isnin.


Kenyatan itu menekankan bahawa serangan Israel tersebut secara terang-terangan membelangi undang-undang antarabangsa, menceroboh kedaulatan Syria, malah mengancam keselamatan misi diplomatik yang mempunyai hak kekebalan diplomatik.


Kementerian Luar Iraq menyeru masyarakat antarabangsa agar segera mengambil tindakan untuk menghentikan aktiviti ganas dan pemusnahan di Gaza serta serangan berterusan terhadap wilayah Syria.