Pemulihan Indeks Ekonomi China Dorong Ekonomi Dunia

2024-04-02 15:44:31  CRI
Share with:

Berita mengenai tiga indeks utama ekonomi China yang pulih naik mutakhir ini turut memberikan isyarat yang positif dan menarik perhatian masyarakat antarabangsa. 


Menurut pandangan media asing seperti AFP, indeks yang pulih lebih baik berbanding unjuran menjadi gelaja yang menunjukkan pemulihan ekonomi menjadi lebih cepat. Ini bukan sahaja “amat memberangsangkan”, tetapi juga akan menyuntik penggerak baharu kepada ekonomi dunia.


Menurut statistik terkini pihak berkuasa China, Indeks Pengurus Pembelian (PMI), indeks aktiviti perniagaan bukan pembuatan, serta indeks PMI pembuatan dan bukan pembuatan, masing-masing mencatat 50.8 peratus, 53 peratus dan 52.7 peratus, naik 1.7 peratus, 1.6 peratus dan 1.8 peratus berbanding bulan lalu. 


Antaranya, aktiviti industri pembuatan pada Mac lalu menyaksikan peningkatan kali pertama pada setengah tahun lalu dan mencatat tahap tertinggi dalam tempoh setahun lalu. 


Pelbagai media asing seperti Bloomberg berpendapat, ini menunjukkan prospek industri pembuatan China semakin optimistik dan ekonomi keseluruhan kian mantap.


Semasa sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) yang baru berakhir baru-baru ini, beberapa ahli politik termasuk bekas Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama dan Duta Besar Turkiye Ismail Hakkı Musa menyatakan, ekonomi China akan mengekalkan trend pemulihan dan menyediakan peluang pembangunan kepada ekonomi dunia. 


Ketiga-tiga indeks yang pulih tersebut membuktikan unjuran optimistik masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi China dan memperlihatkan dakwaan “ekonomi China sudah mencapai kemuncak” yang disebut media Barat sama sekali tidak berasas.


Mengapa ekonomi China begitu mengagumkan? Menurut penganalisis, selain permintaan dalam negeri yang melonjak dan peningkatan permintaan dari luar negara, dasar kerajaan China yang menstabilkan ekonomi, meningkatkan permintaan dalam negeri serta memantapkan perdagangan luar memainkan peranan yang penting.


Sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, ekonomi China yang mantap dan semakin baik nescaya menjadi berita baik kepada dunia. Menurut penyelidik kanan Institusi Brookings AS, Christopher Thomas, China mempercepat pembinaan kuasa produktif kualiti baharu dan membolehkan hasil inovasinya “membawa manfaat kepada dunia”. Ini menyuntik tenaga baharu bagi pembangunan ekonomi dunia.


Pelbagai badan antarabangsa seperti CitiBank masing-masing menaikkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China mutakhir ini. Fakta membuktikan bahawa ekonomi China adalah sihat dan konsisten.