Jumlah Pelancong Rentas Sempadan di Pintu Dongxi Lebihi 2 Juta

2024-04-02 14:12:31  CRI
Share with:

Jumlah pengembara antarabangsa yang melakukan perjalanan rentas sempadan melalui pintu keluar masuk Dongxing, wilayah Guangxi China melebihi 2 juta orang setakat jam 4.30 petang 1 April.


Bandar Dongxing yang terletak di pesisir utara Teluk Beibu, dan bersempadan dengan Vietnam, merupakan satu-satunya bandar China yang berhubung dengan ASEAN melalui laut, darat dan sungai.


Sebagai pintu kelas A, Dongxing menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengembara kerana kelebihan lokasinya yang unik, prosedur pelepasan yang mudah, selamat dan cekap.