Turun Padang Hulurkan Bantuan Sukarelawan Menjelang Musim Menuai Teh

2024-04-03 16:06:10  cri
Share with:

Baru-baru ini tibalah musim menuai teh di pekan Heping bandar Huzhou di provinsi Zhejiang. 

Satu kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dari sebahagian jabatan kerajaan tempatan sudah turun padang ke pelbagai kebun teh untuk menyediakan perkhidmatan yang bermacam-macam seperti menganjurkan sesi taklimat tentang keselamatan pengeluaran, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain, yang kesemuanya dilihat sebagai sebahagian persiapan pada saat menjelang musim menuai dan menjual  teh.

Pada masa ini, peningkatan pendapatan penduduk pekan Heping tidak terlepas dari ekonomi tempatan yang bertunjangkan industri teh yang disokong 268 buah perusahaan dan kebun teh yang mempunyai tanaman seluas hampir 6,667 hektar.