Guterres Kutuk Serangan Terhadap Kedutaan Iran di Syria

2024-04-03 13:00:27  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya, mengutuk keras serangan terhadap Kedutaan Iran di Syria, pada Selasa.


Kenyataan itu menegaskan prinsip undang-undang antarabangsa iaitu menghormati dan tidak boleh menceroboh kedutaan dan konsulat serta diplomat dalam apa jua keadaan.