Sekatan AS terhadap Cuba Cabul Undang-Undang Antarabangsa - Pakar PBB

2024-04-03 14:29:15  CRI
Share with:

Pakar-pakar dari Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) berpendapat bahawa sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap Cuba dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan mencabuli undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia rakyat negara itu, menurut artikel yang disiarkan di portal Kementerian Luar Cuba pada Selasa.


Artikel itu menyebut, pakar-pakar UNHRC telah menyerahkan dokumen dengan nama bersama yang mengandungi laporan pelbagai pakar kepada Washington pada Jan lalu. Ini merupakan kali pertama pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan keseriusan langkah kekangan dan sekatan AS terhadap Cuba melalui dokumen bersama.


Menurut dokumen itu, sekatan sepihak AS terhadap Cuba mencabul dengan serius hak hidup, hak untuk mendapatkan makanan dan hak kesihatan rakyat Cuba serta hak membangun negara itu.