Loji Janakuasa Hidroelektrik Terbesar di Sungai Kuning Beroperasi

2024-04-03 16:33:16  cri
Share with:

Unit generator No.5 sebagai yang pertama bagi Loji Janakuasa Hidroelektrik Maerdang yang berkapasiti sebanyak 2.32 juta kilowatt disambungkan ke grid untuk beroperasi secara rasmi baru-baru ini. 

Loji Janakuasa Hidroelektrik Maerdang terletak di aliran utama Sungai Kuning yang beraltitud purata 3,300 meter di provinsi Qinghai.

Semua unit generator loji janakuasa itu dijangka siap dibina dan beroperasi secara keseluruhan pada bulan Disember tahun ini, dan turut memainkan peranan sebagai pembekal elektrik utama bagi pelaksanaan kedua-dua skim ‘Bekalkan Elektrik dari Barat ke Timur’ dan ‘Bekalkan Elektrik dari Qinghai ke Henan’.