Pameran Pertanian Digital dan Teknologi Pengairan Antarabangsa di Beijing

2024-04-03 15:56:33  CRI
Share with:

Pameran Pertanian Digital dan Teknologi Pengairan Antarabangsa Beijing edisi ke-10 diadakan di Pusat Konvensyen Kebangsaan China (CNCC) di Beijing pada 31 Mac hingga 2 April.


Bertemakan 'Pembuatan Baharu, Perkhidmatan Baharu, Format Perniagaan Baharu', acara berkenaan menarik kehadiran lebih 800 syarikat dari lebih 10 buah negara dan wilayah untuk mempamerkan peralatan dan teknologi canggih dalam bidang pertanian digital dan teknologi pengairan.


Antara yang dipertontonkan syarikat China dalam pameran itu termasuk sistem pertanian digital membabitkan pengairan jarak jauh, pengurusan pintar air dan baja, penapisan pintar dan sebagainya.