Kedaulatan Kepulauan di Laut China Selatan Dimiliki China - Pakar Undang-undang

2024-04-04 13:29:56  CRI
Share with:

Kepulauan di Laut China Selatan merupakan wilayah China yang tidak boleh dipisahkan sejak zaman purba, manakala kedaulatan China terhadap kepulauan tersebut mempunyai bukti sejarah dan undang-undang yang penuh.


Demikian pandangan Anthony Carty, penulis buku "Sejarah dan Kedaulatan Laut China Selatan", yang juga pakar undang-undang antarabangsa dari Britain.


Ketika berucap pada simposium yang diadakan di Beijing mutakhir ini, Carty telah berkongsi pengalamannya dalam menulis buku "Sejarah dan Kedaulatan Laut China Selatan".

Untuk menulis buku itu, beliau telah menjalankan penyelidikan fizikal, dan meneliti banyak arkib di Perancis, Britain dan Amerika Syarikat (AS) selama lebih sepuluh tahun.


Melalui kajian terhadap arkib dan bukti sejarah sejak penghujung abab ke-19, beliau berjaya menemui asal usul pemilikan kedaulatan kepulauan terbabit, dan merumuskan bahawa kedaulatan kepulauan Laut China Selatan adalah dimiliki oleh China. 


Hasil penyelidikan beliau menyediakan dokumen sejarah dan bukti undang-undang antarabangsa yang penting bagi mengenal pasti kedaulatan terhadap kepulauan terbabit.