Rundingan Menteri Luar China dan Laos

2024-04-04 12:25:05  CRI
Share with:


Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith di Guangxi pada Rabu. 


Wang menyatakan bahawa pihaknya komited berusaha bersama dengan Laos untuk melaksanakan konsensus strategik yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, mempromosikan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos melakar lebih banyak hasil yang boleh lihat, menyokong sepenuhnya Laos sebagai pengerusi bergilir ASEAN, memperkayakan konotasi komuniti berkongsi nasib China-ASEAN dan bersama-sama memelihara keamanan dan pembangunan serantau.


Saleumxay Kommasith menyatakan bahawa beliau percaya China pasti akan menjadi lebih makmur melalui usaha mempromosi kuasa produktif kualiti baharu dan pembinaan modenisasi. 


Beliau berkata, pihaknya bersedia berusaha dengan China untuk melaksanakan pelan tindakan pembinaan komuniti berkongsi nasib Laos-China versi baharu, mempromosikan kereta api Laos-China agar memberikan kesan ekonomi yang lebih besar.


Kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu Laut China Selatan dan isu-isu lain yang menjadi perhatian bersama.