Gempa Bumi Taiwan: 9 Maut, Lebih 1,000 Cedera

2024-04-04 12:21:43  CRI
Share with:


Menurut statistik terkini Pusat Tindak Balas Bencana Taiwan pada Khamis, gempa bumi dahsyat yang melanda Hualien pada Rabu telah mengakibatkan 9 orang maut, dan 1,038 lagi cedera. 


Di samping itu, sebanyak 93 orang masih terperangkap dalam runtuhan dan 52 orang masih dilaporkan hilang.


Dalam pada itu, seramai 961 orang telah dipindahkan, antaranya 628 orang ditempatkan ke pusat perlindungan sementera.