AS$30 Juta Tunai Dicuri dari Fasiliti Penyimpanan Wang di California

2024-04-05 12:20:57  CRI
Share with:

Sebanyak AS$30 juta (RM142.16 juta) tunai dicuri dari sebuah fasiliti penyimpanan wang yang terletak di San Fernando Valley, Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS) pada malam 31 Mac.


Jabatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Los Angeles pada Khamis berkata bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak polis Los Angeles untuk menjalankan penyiasatan ke atas kes yang dipercayai rompakan tunai terbesar dalam sejarah bandar itu.