Timur Laut AS Dilanca Cuaca Ekstrem
2024-04-05 16:04:05 CRI
Menurut laporan ABC Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, kawasan timur laut negara itu dilanda cuaca ekstrem seperti ribut salji, hujan lebat dan ribut angin.
Sebahagian kawasan di negeri Vermont, Maine dan New Hampshire mengalami salji tebal. Antaranya, salji di beberapa kawasan di Vermont setebal 33 sentimeter.
Selain itu, sebanyak 320,000 isi rumah di Maine dan 170,000 di New Hampshire mengalami gangguan bekalan tenaga.