Bahan Makanan Bantuan China Tiba di Cuba

2024-04-05 12:17:06  CRI
Share with:

Kumpulan pertama bahan makanan bantuan kecemasan China kepada Cuba tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jose Marti Havana, pada Rabu. 


Naib Perdana Menteri Cuba, Jorge Luis Tapia Fonseca menyambut ketibaan bahan bantuan tersebut di lapang terbang. 


Beliau menyatakan, bantuan dari China tersebut amat penting bagi Cuba. 


"Sekatan sesuka hati yang dilancarkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap Cuba dalam lebih 60 tahun lalu telah membawa impak negatif yang semakin serius kepada negara ini," kata Fonseca. 


Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Cuba menyokong pembinaan bermutu tinggi Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) dan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) kerana Cuba dan China berkongsi konsep nilai yang sama, dan beliau percaya masa depan kedua-dua negara akan lebih cerah. 


Yang turut berada di lapangan terbang dan menghadiri majlis penyerahan barang bantuan tersebut juga termasuk Pengerusi Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Luo Zhaohui, Duta Besar China ke Cuba Ma Hui, pegawai kanan dari Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba, dan lain-lain.