Naib Perdana Menteri China Temui Setiausaha Perbendaharaan AS

2024-04-06 14:52:17  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri China He Lifeng mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet L. Yellen di Guangzhou pada petang Jumaat. 


He menyatakan, pertemuan kali ini bertujuan untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dalam pertemuan dan menerusi panggilan telefon, membincangkan dengan selanjutnya isu-isu ekonomi dan kewangan yang penting antara kedua-dua negara serta sejagat.


Yellen pula mengatakan, kumpulan kerja ekonomi dan kewangan AS-China telah mengadakan rundingan secara berterusan dalam tempoh beberapa bulan lalu dan telah mencapai kemajuan dalam beberapa isu yang penting lagi susah.