China Gesa Resolusi Gencatan Senjata PBB Disegerakan di Gaza

2024-04-06 14:23:32  CRI
Share with:

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing ketika bercakap di Majlis Keselamatan PBB menggesa agar resolusi gencatan senjata disegerakan di Gaza demi meredakan bencana kemanusiaan di kawasan terbabit.


Dai menekankan pendirian China bahawa Israel mesti menghentikan serangannya ke atas institusi kemanusiaan dan kakitangannya. China mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas konvoi kemanusiaan baru-baru ini. Israel mesti mematuhi undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta memberikan kerjasama dan jaminan keselamatan untuk agensi kemanusiaan menjalankan kegiatan bantuan.