Kapal Pesiaran Mega "Serenade of the Seas" Berlabuh di Tianjin

2024-04-07 15:39:31  CRI
Share with:

Kapal pesiaran "Serenade of the Seas" yang membawa hampir 2,000 pelancong dari serata tempat di dunia berlabuh di Tianjin pagi Ahad. 


Pelancong dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Perancis dan lain-lain akan memulakan perjalanan selama dua hari di negara Tembok Besar ini. 


Laluan pelayaran global selama 275 hari yang dikendalikan kapal persiaran tersebut merupakan laluan persiaran paling panjang di dunia setakat ini. 

Tianjin merupakan satu-satunya tempat berlabuh bagi kapal itu di China, dan juga destinasi ke-68 dalam laluan pelayarannya. 


Di pelabuhan Tianjin, persembahan muzik tradisional China, tarian naga dan singa, dan opera Peking turut disajikan kepada pelacong asing dan menarik perhatian ramai.


Statistik menunjukkan, pelabuhan Tianjin telah menerima 41 buah kapal persiaran antarabangsa sejak awal tahun ini, dengan membawa kedatangan 93,000 pelancong, menyaksikan pemulihan pelancongan kapal persiaran yang semakin hangat.