Israel Tarik Balik Tentera dari Selatan Gaza

2024-04-08 12:03:38  CRI
Share with:

Tentera Israel berundur dari selatan Gaza sebagai persediaan untuk kemungkinan operasi di bandar Rafah, kata Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant pada Ahad.

 

Semasa lawatan ke Ketumbukan Selatan Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Gallant menyatakan bahawa penarikan tentera dari Khan Younis adalah untuk mempersiapkan misi masa depan termasuk operasi di Rafah.

 

Memetik laporan media Israel, negara itu menarik balik semua tentera darat dari selatan Gaza kecuali Briged Nahal, yang kekal di tengah Gaza.