Sijil Nikah Saksikan Perubahan Adat Perkahwinan Tradisional
2024-04-08 09:24:34 CRI
Perkahwinan antara perkara paling penting bagi seseorang dalam hayatnya. Seiring dengan perkembangan sistem etika masyarakat, mucullah sijil nikah sebagai dokumen perundangan yang menandakan kesahihan perkahwinan sepasang suami isteri.
Muzium Sijil Nikah Bianliang di bandar Kaifeng provinsi Henan mempamerkan banyak sijil nikah sejak dari zaman Dinasti Qing ke zaman moden ini. Sijil-sijil tersebut menyaksikan perubahan adat perkahwinan dan kemajuan masyarakat.