Bot Karam di Perairan Utara Mozambique, 91 Maut
2024-04-08 12:26:27 CRI
Sekurang-kurangnya 91 orang maut dan 34 lagi dilaporkan hilang apabila sebuah feri sementara yang penuh sesak karam di perairan berhampiran wilayah Nampula, utara Mozambique pada Ahad.
Menurut media tempatan, feri sementara yang membawa seramai 130 penumpang itu ditukar daripada sebuah bot nelayan. Muatan penumpang berlebihan dipercayai antara punca berlakunya insiden berkenaan.