Gabenor PBOC Temu Setiausaha Perbendaharaan AS

2024-04-09 11:20:50  CRI
Share with:

Gabenor Bank Rakyat China (PBOC) Pan Gongsheng bertemu dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen di Beijing pada Isnin.


Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu yang menjadi perhatian bersama termasuk keadaan ekonomi dan kewangan dua negara, dasar monetari, kestabilan kewangan, kewangan mampan serta tadbir urus kewangan antarabangsa.