CIEPEC 2024 Bakal Diadakan di Beijing

2024-04-09 15:58:04  CRI
Share with:

Pameran Perlindungan Alam Sekitar Antarabangsa China ke-22 sempena Persidangan Pembangunan Inovatif Industri Perlindungan Ekologi dan Alam Sekitar keenam bakal diadakan di Beijing pada 10 hingga 12 April.

Temasya ini merupakan satu pameran profesional yang memfocuskan bidang perlindungan ekologi dan alam sekitar. Syarikat pempamer dijangka akan menunjukkan produk masing-masing yang berkaitan dengan pembangunan hijau dan karbon rendah, penyelarasan antara pengurangan pencemaran dengan pengurangan karbon, teknologi dan bahan yang canggih dalam pelbagai bidang seperti sumber alternatif.

Pihak penganjur pameran ini juga akan membawakan pakar berkenaan untuk memperkenalkan kemajuan teknologi utama dalam industri perlindungan ekologi dan alam sekitar. Serentak itu, juga akan diadakan sejumlah aktiviti pertukaran teknologi antarabangsa seperti yang antara China dengan Amerika Syarikat, dengan Kanada dan dengan Korea Selatan, yang bertujuan bersama-sama menggalakkan pembangunan sejagat ke arah yang hijau dan mampan.