China, Singapura Ikrar Perkasa Kerjasama

2024-04-09 17:02:36  CRI
Share with:

Naib Presiden China Han Zheng mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong di Beijing pada Selasa.


Han berkata kerjasama China-Singapura mempunyai prospek yang luas. China bersedia bersama Singapura mengekalkan pertukaran rapat melibatkan pelbagai peringkat dan memanfaatkan sepenuhnya mekanisme kerjasama bilateral.


China juga komited bersinergi dengan Singapura untuk menjalankan kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara berkualiti tinggi, memperdalam kerjasama inovasi sains dan teknologi, di samping memperkasa pertukaran sosiobudaya.


Lawrence Wong pula berkata kerjasama antara Singapura dengan China amat berhasil dan saling menguntungkan.


Singapura memberi keutamaan kepada perkembangan hubungan dengan China dan bersedia terus meneroka kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang termasuk inovasi sains dan teknologi.