Jangan Biar Janji Hanya di Bibir Saja

2024-04-09 15:04:53  CRI
Share with:

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen dalam lawatannya ke China kali ini mengulangi pendirian bahawa pihaknya tiada niat untuk mencantas hubungan dengan China.


Beliau juga memberi penekanan terhadap perlunya hubungan ekonomi bilateral diuruskan secara bertanggungjawab.


Kenyataan Yellen nampaknya sangat menggalakkan, namun sama ada dapat cakap serupa bikin masih menimbulkan tanda tanya.


Realitinya, AS terus-menerus bertindak menyekat sektor perdagangan dan teknologi China dan semakin banyak perusahaan China menjadi mangsa.


Sebagai salah sebuah entiti ekonomi terbesar, China sentiasa berusaha mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan yang saling menguntungkan dengan AS.


Walau bagaimanapun, AS tidak bergerak sehaluan dengan China mahupun memikul tanggungjawab sewajar terhadap rakyatnya serta dunia.


Selain kepentingan negara sendiri, AS juga patut mencipta lebih banyak manfaat kepada rakyat dan perusahaan kedua-dua negara, di samping mengambil kira perkara seperti usaha mengatasi cabaran global dan menjana pertumbuhan ekonomi dunia.


Untuk itu, AS tidak boleh mempolitikkan isu ekonomi dan perdagangan ataupun mencetuskan keadaan tidak selamat dengan dalih 'keselamatan'.


Berasaskannya, kerjasama ekonomi dan perdagangan China-AS harus dijalankan mengikut hukum ekonomi dan peraturan pasaran.


Yellen akan mengakhiri lawatannya di China hari ini. Diharap komitmen 'tidak cantas hubungan' yang dibuat AS dapat ditunaikan menerusi tindakan praktikal demi kebaikan rakyat dan perusahaan kedua-dua negara.