Wang Yi Bertemu Puteri Sirindhorn
Menteri Luar China Wang Yi bertemu Puteri Thailand Maha Chakri Sirindhorn di Beijing pada Isnin.
Wang menyifatkan lawatan Puteri Sirindhorn ke China sebanyak lebih 50 kali sebagai paparan persahabatan dua negara mesra seperti sekeluarga, sekali gus menjadi suri teladan keakraban hubungan kedua-dua pihak.
Beliau berkata kehadiran Puteri Sirindhorn di China membolehkan rakyat Thailand mengenali negara Tembok Besar secara lebih mendalam, selain memperkenalkan pembangunan China kepada masyarakat tempatan.
Menurut Wang, China amat menghargai ikatan persahabatan yang dijalin dengan keluarga diraja Thai, dan bersedia bekerjasama dengan Thailand untuk melaksanakan konsensus dicapai pemimpin dua negara dan menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara mencapai kemajuan baharu.
Dalam pada itu, Puteri Sirindhorn berkata Thailand bersedia mengambil peluang sambutan jubli emas hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun hadapan untuk memperkasa kerjasama pragmatik membabitkan teknologi, pertanian, pendidikan dan lain-lain serta meningkatkan lagi persefahaman sesama rakyat.