Wang Yi Bentang Prinsip China Selesai Isu Panas

2024-04-10 14:14:25  CRI
Share with:

Tujuan dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu dijunjung, di samping undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa ditegakkan.


Demikian kata Menteri Luar Wang Yi ketika membentangkan prinsip yang dipegang China bagi menyelesaikan isu panas rantau dan antarabangsa, semasa sidang media bersama rakan sejawatnya dari Rusia Sergey Lavrov di Beijing pada Selasa.


Menurut beliau, China aktif menggalakkan pihak-pihak terlibat merungkai pertikaian menerusi dialog dan perundingan.


Dengan mengambil kira keprihatinan munasabah semua pihak, China sentiasa berusaha mencari formula penyelesaian yang mampan.


China juga komited mempertahankan multilateralisme jitu dan menentang sebarang ‘kumpulan kecil’ yang berniat mencetuskan konfrontasi sesama blok, khususnya di rantau Asia Pasifik.