Xi Balas Surat Briged Elit Antikeganasan

2024-04-10 12:04:29  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping membalas surat kepada briged elit 'Unit Komando Falcon' dengan kata-kata galakan supaya mereka terus berusaha menempa pasukan khas antikeganasan yang berkelas dunia.


Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, menegaskan perlunya unit pasukan khas mempunyai tahap kehandalan yang sangat hebat dari segi politik dan ketenteraan.


Beliau mahu unit komando itu terus memupuk semangat taat setia dan memperkasa latihan tempur serta program latihan khusus.