Wang Yi Kupas Lima Prinsip Hubungan China, Rusia

2024-04-10 11:46:02  CRI
Share with:

China dan Rusia harus mendukung lima prinsip untuk memperkukuh dan mengembangkan hubungan bilateral.

 

Demikian ujar Menteri Luar Wang Yi pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Rusia Sergey Lavrov di Beijing, Selasa.

 

Wang memberi penekanan kepada bimbingan strategik diplomasi ketua negara yang merupakan pegangan buat China dan Rusia.

 

Dua negara harus terus menjunjung penuh prinsip tidak bersekutu, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga, kata beliau.


Selain kekal berada di landasan yang betul dalam menegakkan prinsip berhubung perkara penting, kedua-dua pihak harus sentiasa mengejar situasi sama menang menerusi kolaborasi.


Wang menjelaskan, China dan Rusia akan terus menyokong globalisasi ekonomi inklusif yang memberi manfaat kepada semua, bersama-sama menolak unilateralisme dan fahaman perlindungan serta bersinergi memupuk pemacu baharu pembangunan dan kemajuan global.


Antara prinsip lain yang harus dipegang termasuk Beijing dan Moscow harus berusaha ke arah mewujudkan dunia multipolar yang sama rata dan teratur, selain terus mengukuhkan penyelarasan antarabangsa.