Murid Sertai Aktiviti Tanam Pokok, Lindungi Ekologi Sungai Kuning

2024-04-10 08:54:17  CRI
Share with:

Lebih kurang 300 orang murid dari sekolah rendah di bandar Yinchuan, wilayah Ningxia menyertai aktiviti menanam pokok di kawasan perlindunga alam Baijitan yang terletak di bandar Wuling, pada 7 April lalu.

Tempatan menanam pokok itu hanya sejauh dua hingga tiga kilometer dari Sungai Kuning yang dikenali sebagai “Sungai Ibunda” rakyat China. Ekologi di kawasan itu pernah terjejas dan mengalami hakisan tanah akibat penebangan hutan dan penternakan yang berlebihan pada masa dahulu.


Pada masa ini, kesedaran orang awam mengenai perlindungan alam sekitar kian ditingkatkan, dan ramai orang aktif terlibat dalam aktiviti menanam pokok.