Sambut Hari Raya Aidilfitri di Urumqi, Xinjiang

2024-04-10 15:31:35  CRI
Share with:


Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan tradisional umat Islam jatuh pada hari ini bersamaan 10 April. Menjelang pukul 8 pagi tadi, masyarakat muslim pelbagai etnik yang menetap di sekitar Masjid Yanghang daerah Tianshan di bandar Urumqi wilayah Xinjiang telah berhimpun untuk menunaikan solat sunat Hari Raya.


Selepas beribadat, mereka keluar masjid dan ramai antara mereka kelihatan pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan, kuih-muih, manisan, daging lembu dan kambing serta sayur-sayuran, yang biasanya akan dijadikan hidangan untuk perhimpunan keluarga semasa sambutan Hari Raya.