Promosi Warisan Budaya Tidak Ketara di Sekolah

2024-04-10 08:56:50  CRI
Share with:

Wu Zongqiong, pewaris tarian Lianxiang dan rakannya kelihatan sedang mengetuai pelajar dari Sekolah Pusat Mukim Shishugang, bandar Feixi, provinsi Anhui membuat latihan tentang tarian Lianxiang pada 7 April.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, mukim Shishugang giat mengadakan aktiviti untuk mempopularkan warisan budaya tidak ketara di kampus sekolah. Aktiviti tersebut bukan sahaja memperkaya kehidupan para pelajar, tetapi juga meningkatkan kesedaran awam untuk melindungi warisan budaya tidak ketara.