Lebih 600 Perusahaan Mendaftar untuk CIIE ke-7

2024-04-10 11:53:00  CRI
Share with:

Lebih 600 perusahaan termasuk lebih 200 konglomerat yang tersenarai dalam Fortune Global 500 telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 yang dilengkapi zon pameran seluas lebih 240,000 meter persegi.


Demikian maklumat dari satu majlis jerayawara yang diadakan bersama oleh pengendali Zon Pameran Automobil dan Zon Pameran Kemudahan Teknikal CIIE ke-7 pada Isnin.

Pada masa ini, kerja persiapan untuk CIIE ke-7 berjalan lancar dari segenap aspek. 


Di Zon Pameran Kenegaraan, Perancis yang terpilih sebagai tetamu kehormat akan menjadi menonjol antara pelbagai negara dan organisasi antarabangsa, sedangkan untuk Pameran Sektor Korporat, terdapat enam zon utama melibatkan automobil dan kemudahan teknikal serta satu zon khas untuk inkubasi inovatif.


Setakat ini, lebih 100 syarikat dari industri pembuatan automobil dan kemudahan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam ekspo ini.


Menurut maklumat berkenaan,CIIE pelbagai edisi yang diadakan dalam tempoh enam tahun yang lalu, pernah menyaksikan penglibatan lebih 10,000 syarikat dari luar negara yang kesemuanya pernah melancarkan lebih 2,400 jenis produk, teknologi dan perkhidmatan baharu.


CIIE yang berperanan sebagai satu platform untuk pameran dan pertukaran, dilaporkan kondusif bagi menggalakkan perkongsian hasil yang dilakar dalam bidang sains dan teknologi dan kerjasama berkenaan, meningkatkan kesinambungan antara inovasi teknologi dengan pembangunan perindustrian, dan memberikan sokongan yang kukuh untuk memupuk dan membangunkan kuasa produktif berkualiti baharu.


Dimaklumkan lagi, terdapat satu syarikat pembekal komponen automobil peringkat pertama yang terkenal di dunia akan membuat debut dalam CIIE edisi 2024.