“Minggu Cintai Burung” Dilancarkan di Hebei
2024-04-10 08:52:51 CRI
Program “Minggu Cintai Burung” dilancarkan di Tasik Hengshui yang juga dikenali sebagai “tanah paya terindah di kawasan Beijing-Tianjin-Hebei” pada 7 April lalu.
Pada musim bunga, banyak burung berhijrah dari selatan ke utara. Minggu pertama April setiap tahun ditetapkan sebagai “minggu cintai burung” di provinsi Hebei. Aktiviti tahun ini bertemakan “tambah baik sistem perlindungan, jaga penghijrahan burung”.