Dah Salah, Mana Boleh Bersalah Lagi?

2024-04-11 14:52:28  CRI
Share with:

Pengumuman Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia membawa ahli baharu Jepun menyertai pakatan keselamatan AUKUS, diberi perhatian tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

 

Ramai penduduk Jepun meluahkan kritikan terhadap keputusan itu yang dibuat tanpa mempedulikan kebimbangan semua pihak, sebaliknya mencetuskan konfrontasi sesama blok dan risiko percambahan nuklear serta menjejaskan keamanan Asia Pasifik.

 

Selain memfokuskan kepada ‘tonggak pertama’ yang direka untuk membantu Australia memperoleh kapal selam berkuasa nuklear, AUKUS mahukan ‘negara yang sehaluan’ menganggotai pakatan berkenaan untuk bersama membangunkan ‘tonggak kedua’, iaitu meneroka dan mengaplikasikan teknologi memuncul.


Mengapa Jepun menjadi pilihan mereka? Menurut penganalisis, di satu pihak, negara itu mempunyai kelebihan tersendiri dalam senjata hipersonik, teknologi kuantum, peperangan elektronik dan kecerdasan buatan (AI), sekali gus memainkan peranan lebih besar dalam teknologi pertahanan.

 

Di pihak lain, AS ingin melihat pembabitan Jepun dalam pakatan itu untuk mengekang China. Bagi UK, negara Eropah itu berniat memperluas pengaruhnya di Asia Pasifik menerusi kolaborasi keselamatan dengan Jepun.

 

Bagi Australia pula, memandangkan kemajuan projek ‘tonggak pertama’ perlahan, perhatian negara Down Under itu turut beralih kepada kerjasama ‘tonggak kedua’ dan menaruh harapan terhadap keanggotaan Jepun.

 

Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe mengutuk pakatan AUKUS yang diketuai AS sebagai salah langkah strategik. Pemimpin Indonesia dan Malaysia juga menyelar blok berkenaan menjejaskan ketenteraman rantau.

 

Pendek kata, pakatan yang penuh dengan mentaliti Perang Dingin itu tidak selaras dengan kepentingan keselamatan rantau dan bertentangan dengan proses integrasi Asia Pasifik.

 

Sedari awal lagi, AUKUS tidak patut wujud pun.