Yunnan Mempunyai Kopi dan Teh yang Sangat Bagus

2024-04-11 14:52:14  CRI
Share with:

Orang yang hidup pada zaman purba tidak tahu bahawa selepas seribu tahun berlalu, orang China pada zaman ini bukan sahaja mewarisi tradisi suka minum teh, tetapi juga berpeluang mengecapi kopi, yang disifatkan sebagai minuman kurniaan alam semula jadi. Pokok teh yang paling tua dan kopi yang paling sedap adalah terdapat di Yunnan.

  

Ini dimaklumkan Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China di Yunnan, Wang Ning ketika mengikuti sesi temu bual dengan wartawan CGTN.


Wang berkata bahawa tanaman kopi seluas lebih 76 ribu hektar di seluruh provinsi Yunnan boleh membawa hasilan kira-kira 150 ribu hingga 200 ribu tan setiap tahun, yang menempati 95% keseluruhan China. Kopi hasilan Yunnan mempunyai kualiti yang amat bagus berikutan bijinya kecil dan rasanya sedap, dan boleh dikatakan setara dengan sejumlah jenama yang terkemuka di pasaran antarabangsa.


Wang memberi penerangan selanjutnya mengenai teh hasilan Yunnan.


“Provinsi Yunnan sinonim dengan lubuk Teh. Jawatankuasa Industri Teh Antarabangsa pernah menganugerahkan bandar Puer di Yunnan sebagai ‘punca teh dunia’.Terdapat sebuah piawaian dalam industri teh, iaitu hanya pokok teh yang berusia lebih 100 tahun barulah layak tersenarai sebagai ‘pokok purba’. Gunung Jingmai terkenal dengan hutan teh yang seluas lebih 1,300 hektar, dan tradisi tanam teh yang bersejarah lebih seribu tahun.” Kata beliau.


Menurut Wang, industri teh yang bernilai RMB150 bilion (RM98.4 bilion) boleh membawa rezeki yang melimpah kepada seramai 6 juta pekebun di Yunnan.