Canton Fair ke-135 Buka Tirai Isnin Depan

2024-04-11 12:10:33  CRI
Share with:

Pameran Import dan Eksport China atau 'Canton Fair' edisi ke-135 bakal berlangsung secara hibrid di bandar Guangzhou bermula 15 April hingga 5 Mei.


Canton Fair tahun ini menyediakan ruang pameran seluas 1.55 juta meter persegi yang menampung sebanyak 74,000 reruai.


Lebih 29,000 buah syarikat dari 50 negara dan wilayah mengesahkan penyertaan mereka di pameran itu, mencipta rekod tertinggi dalam sejarah.


Antaranya 28,600 syarikat akan hadir di segmen pameran eksport dan 680 lagi di segmen import.


Selain itu, terdapat lebih 4,300 syarikat menyertai Canton Fair buat julung kalinya.


Kerja-kerja persiapan bagi pameran berkenaan sedang berjalan dengan lancar.