Pasukan Pengaman China Terima Pingat PBB
2024-04-11 12:43:44 CRI
Pasukan pengaman kumpulan ke-27 China ke Republik Demokratik Congo menerima 'Pingat Keamanan' daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Majlis penganugerahan berlangsung di bandar Bukavu, wilayah Kivu Selatan pada Selasa.
Pasukan pengaman seramai 218 anggota itu ditempatkan bertugas di kawasan misi sejak September tahun lepas.