Dwi Kitaran China

2024-04-11 11:51:08  CRI
Share with:

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) 2024 akan membuka tirai di Hainan tidak lama lagi. Terdapat satu zon pameran yang sangat istimewa di ekspo tersebut, iaitu "Dwi Kitaran, Beli-belah Global". Apakah "Dwi Kitaran"?  dan apakah "Beli-belah Global"?


Operasi ekonomi di negara mana-mana pun, terbentuk oleh kitaran domestik dan berkaitan dengan kitaran antarabangsa. Sebelum dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan pada 1980-an, ekonomi China terutamanya bergantung pada kitaran domestik. Seiring dengan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, China mula menyertai kitaran antarabangsa dan kemudian dapat mendorong ekonomi berkembang dengan pesat.


Pada masa sekarang, China telah mengalami perubahan besar, malah seluruh dunia pun mengalami perubahan yang drastik yang tiada tolok banding dalam sejarah silam. Dalam konteks domestik, ekonomi China telah berkembang menjadi satu entiti gergasi yang mempunyai pasaran yang berpotensi besar dan sistem perindustrian yang lengkap melalui pembangunan bertahun-tahun. Negara ini mempunyai lebih 1.4 bilion populasi, sebanyak 130 juta unit pengusaha dan 170 juta tenaga insan yang berpendidikan tinggi atau berkemahiran profesional. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) perkapita di negara yang memiliki pasaran penggunaan yang terbesar dan paling berpotensi di dunia ini, telah mencecah USD10 ribu (RM47.5 ribu).  


Dalam konteks antarabangsa pula, kitaran ekonomi antarabangsa yang tradisional kian lemah berikutan kemerosotan ekonomi dunia.


Memandangkan situasi tersebut, Presiden China, Xi Jinping mengemukakan satu strategi tentang membentuk "Paradigma Pembangunan Baharu". Inti patinya adalah berpusatkan kitaran domestik menggalakkan perkembangan kitaran domestik-antarabangsa.


Namun, "Dwi Kitaran" bukan dua lingkaran yang tidak bersilang antara satu sama lain. CICPE tahun ini sebagai contoh, akan menyaksikan penglibatan lebih 3,000 jenama dari 59 buah negara dan kawasan yang berkaitan dengan penggunaan jenis baharu seperti digital, hijau dan kesihatan. Boleh dikatakan CICPE berperanan sebagai satu wahana dalam menghubungkan pasaran domestik dengan pasaran antarabangsa serta mendorong "Dwi Kitaran".


China yang mempunyai hubungan rakan dagang dengan 140 buah negara, menduduki tempat pertama dalam ranking dunia dalam bidang perdagangan kargo dan perkhidmatan. Syarikat, peniaga dan pengguna, pihak manakah tidak terpikat dengan "Dwi Kitaran, Beli-belah Global" yang mempunyai potensi dan permintaan sebegini?