Hangzhou Perkasakan Industri Teh

2024-04-11 10:27:57  CRI
Share with:

Petani kelihatan sibuk memetik daun teh di kebun teh yang terletak di Pekan Lishan, Daerah Fuyang, bandar Hangzhou China mutakhir ini.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan pekan itu giat memperkasakan industri teh melalui pelbagai langkah, antaranya termasuk menubuhkan syarikat khas untuk menanam dan menjual teh, menawarkan kursus latihan kepada petani mengenai teknik memproses teh dan lain-lain.

Kawasan penanaman pokok teh di pekan Lishan mencatat 400 hektar, dan nilai pengeluarannya boleh mencapai lebih RMB80 juta (RM52 juta) setahun.