Canton Fair ke-135 Bakal Buka Tirai

2024-04-12 14:10:39  CRI
Share with:

 Pameran Import dan Eksport China atau 'Canton Fair' edisi ke-135 yang terdiri daripada  tiga fasa akan diadakan secara fizikal di Guangzhou bermula 15 April hingga 5 Mei,  dan dikendalikan secara maya sepanjang tahun melalui platformnya dalam talian. 


Canton Fair ke-135 yang dilengkapi pameran seluas 1.55 juta meter persegi dan 74,000 reruai, akan menyaksikan penglibatan 29,000 syarikat pempamer, iaitu satu rekod baharu dalam sejarahnya. Antaranya, syarikat pempamer eksport berjumlah 28,600, syarikat pempamer baharu 4,300 lebih, dan sebanyak 680 pempamer import dilaporkan berasal dari 50 negara dan wilayah. 


Sementara itu, terdapat lebih 5,500 syarikat berteknologi canggih dan baharu di peringkat kebangsaan, syarikat peneraju industri pembuatan dan syarikat inovatif yang sangat berpotensi yang terdaftar sebagai pempamer dalam Canton-Fari ke-135, menyaksikan pertambahan 20 peratus berbanding edisi lepas. Produk yang bakal dipamerkan melebihi 1 juta unit, termasuk 450 ribu produk yang mesra alam. 


Selain itu, sebanyak 3,600 syarikat berkaitan teknologi digital, pembuatan dan pemaparan pintar yang tampil di pentas Canton Fari ke-135, akan membawakan hampir 90,000 produk pintar seperti tangan mekanik pintar yang boleh dihubungkan dengan otak manusia, kemudahan pengangkutan pandu arah automatik, gadget penterjemah kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain.


Pelbagai persiapan untuk Canton Fair ke-135 dilaporkan berjalan dengan lancar pada masa sekarang.