Misi Satelit Geganti Queqiao-2 Berjaya: CNSA

2024-04-12 14:17:12  CRI
Share with:

Satelit geganti Queqiao-2 berjaya menyempurnakan ujian komunikasi dalam orbit, umum Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) pada Jumaat.


Hasil penilaian mendapati platform dan muatan satelit geganti itu beroperasi seperti biasa. 

Fungsi dan prestasinya memenuhi keperluan misi. Ia mampu menawarkan perkhidmatan komunikasi geganti untuk fasa keempat projek penerokaan Bulan serta misi eksplorasi Bulan seterusnya di dalam dan luar negeri.


Queqiao-2 yang dibawa roket Long March-8 Y3 berjaya dilancarkan dari Tapak Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di provinsi Hainan pada 20 Mac.