Serangan Israel Sasar Badan Amal Cetus Kebimbangan

2024-04-12 15:37:47  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menerusi satu kenyataan menyuarakan kebimbangan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tujuh pekerja badan amal World Central Kitchen di Gaza.


Menurut kenyataan itu, anggota UNSC menekankan perlunya siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh dan keputusan berkenaan mesti didedahkan kepada umum. 


Pihak-pihak terbabit turut digesa supaya menghormati sepenuhnya status pekerja, kemudahan dan bantuan kemanusiaan yang diberi perlindungan undang-undang antarabangsa, di samping mematuhi mekanisme pemberitahuan kemanusiaan dan penghapusan konflik, serta segera menebus kekurangan dalam mekanisme berkenaan.