Sistem Kesihatan di Gaza Runtuh: WHO

2024-04-12 15:20:17  CRI
Share with:

Sistem perkhidmatan perubatan di Gaza telah runtuh, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Hasil penilaian WHO mendapati tahap kemusnahan di Khan Younis 'jauh melampaui batas imaginasi'. Tiada satu pun bangunan atau jalan yang utuh, dan dapat dilihat lumpur dan timbunan puing di mana-mana sahaja.


WHO turut menggesa supaya gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan serta-merta sambil mengatakan pihaknya bersiap sedia memberi sokongan kepada usaha pembinaan semula di Gaza.