Genap Setahun Khidmat Penumpang Antarabangsa Rel China-Laos

2024-04-12 11:39:41  CRI
Share with:

Perkhidmatan penumpang antarabangsa yang diperkenalkan oleh rel China-Laos sejak setahun lalu, banyak memudahkan perjalanan orang ramai ketika melalui prosedur pemeriksaan keluar masuk.

Sejak operasinya pada 13 April 2023, pemeriksaan dilakukan secara cekap di pintu sempadan Mohan dengan membabitkan lebih 700 larian tren penumpang.

 

Pintu sempadan itu merekodkan pergerakan keluar masuk seramai 180,000, termasuk 28,000 penumpang asing dari 83 negara dan wilayah.