Ekonomi Produk untuk Kegunaan Haiwan Kesayangan Kembang Makmur

2024-04-12 13:52:53  CRI
Share with:

Pameran Produk untuk Kegunaan Haiwan Kesayangan Antarabangsa Beijing ke-11 yang berlangsung selama empat hari telah menarik hampir 250 ribu pengunjung.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, ekonomi produk untuk kegunaan haiwan kesayangan berkembang kian makmur, dengan nilai pasarannya  di negara ini meningkat ke hampir RMB250 bilion (RM165 bilion) pada 2023. Rantai industrinya pun menjadi semakin lengkap dengan merangkumi pakaian, kemudahan berteduh, makanan, minuman dan alat pengangkutan.

Antaranya, perbelanjaan makanan untuk kegunaan haiwan kesayangan yang dilihat sebagai barang keperluan wajib, menduduki separuh pasaran penggunaan untuk haiwan kesayangan di China. Jenama makanan untuk kucing dan anjing telah mencecah 200. 

Selain itu, perkhidmatan fotografi, pergaulan, permainan dan sebagainya yang bertujuan memenuhi permintaan yang bermacam-macam juga berkembang pesat. 

Haiwan kesayangan biasanya dianggap oleh tuan mereka sebagai ahli keluarga.