Pelancongan Inbound Rancak di China semasa Musim Bunga

2024-04-12 13:21:58  CRI
Share with:

Pelancongan inbound khususnya ekopelancongan menjadi rancak pada musim bunga ketika ini. Ramai antara kita memilih keluar menikmati bunga-bungaan yang berkembang mekar seperti bunga pic, pir, sesawi dan peony, yang turut membentuk pemandangan yang bukan main indahnya.

Cuti umum Hari Qingming yang baru berlalu telah menyaksikan peningkatan drastik pengembaraan rakyat China melibatkan yang melawat saudara mara, dan yang bertujuan untuk melancong.

Data kiraan dari Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menunjukkan, jumlah perjalanan pelancongan domestik pada cuti umum yang berlangsung selama tiga hari itu mencatat 119 juta kali yang menyaksikan peningkatan 11.5% berbanding tahun 2019; jumlah perbelanjaan pelancong domestik pula meningkat  12.7% dengan mencatat  RMB53.95 bilion (RM35.54 bilion ).