Prestasi Tren Kargo China-Eropah Kekal Mampan

2024-04-14 15:27:57  CRI
Share with:

Tren kargo China-Eropah melakukan 4,541 perjalanan dengan jumlah pengangkutan kargo membabitkan 493,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena pada suku tahun pertama.


Dua angka itu masing-masing meningkat 9 peratus dan 10 peratus dari tahun ke tahun.


Setakat hujung Mac lalu, tren kargo berkenaan telah melakukan sebanyak 87,000 perjalanan dengan sampai di 25 negara Eropah membabitkan 222 buah bandar.