China Seru Pihak Terbabit Bertenang

2024-04-14 14:44:19  CRI
Share with:

China menyeru masyarakat antarabangsa khususnya negara berpengaruh supaya memainkan peranan yang konstruktif dalam memelihara keamanan dan kestabilan rantau.

 

Seruan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar susulan laporan bahawa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melancarkan serangan dron dan peluru berpandu menyasar Israel.

 

Beijing turut menyuarakan kebimbangan yang mendalam terhadap situasi berkenaan, dan menyeru pihak terbabit supaya bertenang dan mengelak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

 

Tugas paling mendesak bagi pihak berkenaan pada masa ini adalah untuk melaksanakan sepenuhnya Resolusi 2728 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan meredakan konflik di Gaza secepat mungkin.